Nurraysa

Pengenalan Nurraysa Beauty

Nurraysa Beauty merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kecantikan buatan muslim yang diasaskan oleh puan Nur Aini Zolkepeli pada Julai 2012. Nurraysa Beauty mengeluarkan produk kecantikan yang berasaskan bahan-bahan semulajadi dan membawa tema MESRA WUDHUK. Semua produk keluaran NURRAYSA BEAUTY bebas daripada bahan kimia merbahaya sesuai dengan temanya Mesra Wudhuk.

Berikut adalah info kenapa Nurraysa Mesra Wudhuk.

MESRA WUDHUK - Tanpa silikon dan tanpa plumbum yang menghalang air sampai ke liang pori bila berwudhuk. 

BEBAS SLES - SLES digunakan untuk menggalakkan buih keluar lebih banyak tetapi tidak elok untuk kulit kerana apabila terkena pada kulit yang sensitif boleh menyebabkan berlaku keradangan atau kulit menjadi kering. 

BEBAS PARABEN - Bahan2 ini adalah menyerupai estrogen. Apabila digunakan pada kulit bahan ini akan masuk ke dalam aliran darah dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan estrogen. Boleh menyebabkan baligh awal atau menyebabkan masalah dalam pembiakan kedua2 lelaki dan wanita.

BEBAS PLUMBUM - Bahan yang boleh menyebabkan bibir kita menjadi hitam apabila dipakai lama kerana ia terdiri daripada toksik logam yang boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.

Nama NURRAYSA pula adalah merupakan gabungan dari singkatan 3 nama ahli keluarga pengasas Nurraysa iaitu :

NUR : Nur Aini Zolkepeli
RAY  : Nama anak sulung RAYYAN
SA     : Nama suami SAIFUL.


No comments:

Post a Comment

Perfect Brow Shaping Nurraysa

Assalamualaikum... Ada sesiapa yang nak order, kami nak restock semula hari ni...😍😍 Eyebrow Mudah Bentuk Nurraysa. Kelebi...